Bagi anda yang suka mengedit gambar, perisian utama yang sering digunakan adalah Adobe Photoshop. Apa kata anda mencubanya secara online di Pixlr, kerana segala fungsi dan interface hampir serupa dengan perisian adobe photoshop. Dengan Pixlr ianya mudah digunakan, percuma dan yang paling penting tidak memerlukan anda untuk menginstall/memasang perisian untuk mengedit gambar kegemaran anda. Pixlr menawarkan dua fungsi utamanya iaitu Pixlr Editor dan Pixlr Express.
Pixlr Editor:
Jika anda sudah biasa dengan Photoshop, anda akan menemui pilihan menu Pixlr Editor adalah lebih baik dan bagus untuk digunakan. Untuk menggunakannya, anda perlu memiliki pemahaman asas tentang bagaimana mengedit menggunakan alatan yang sedia ada (iaitu, fill, crop, blur, smudge, dll).
Terdapat pilihan untuk anda samaada membuka gambar baru, membuka gambar dari komputer anda dan juga membuka gambar melalui URL
Brush yang serupa dengan perisian Photoshop tetapi tidak dapat menambahkan fungsi brush yang lain, hanya terdapat basic brush sahaja.
Brightness dan contrast untuk menambahkan pencahayaan dalam sesebuah gambar turut dilengkapi dalam ciri asas Pixlr.
Pixlr Express :
Bagi anda yang mengemarkan kerja mengedit dengan mudah, anda bolehlah mencuba Pixlr Express kerana semua kesan gambar yang anda perlukan sudah tersedia disitu dan anda hanya perlu memilih kesan yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Pixlr Express juga amat mudah digunakan berbanding Pixlr Editor yang memerlukan kemahiran anda dalam pemahaman asas untuk mengedit.
Antara muka yang kemas dan menarik. Terdapat pilihan untuk mengedit gambar iaitu membuka gambar dari komputer anda dan juga membuka gambar melalui URL.
Contoh pilihan "Cross Process" sudah cukup memberikan kepuasan anda dalam mengedit gambar. Pilihan yang terdapat dalam "Adjustments" juga banyak bagi menambahkan kesan pada sesebuah gambar.
Pada pilihan "Photo Effects", anda dapat membuat kesan khas dimana gambar anda akan kelihatan lebih menarik dengan kesan khas yang sedia ada. Seperti contoh di atas, kesan "Posterize" telah digunakan.
Fungsi² Lain Di Pixlr
Pixlr menawarkan "Grabber for Firefox" iaitu download percuma yang membolehkan anda untuk mengklik kanan pada setiap gambar dalam laman web dan upload ke Pixlr untuk mengedit. Add-on Firefox ini juga membolehkan anda menangkap semua atau sebahagian daripada kandungan pelayar anda (Print Screen).
Terdapat juga "Grabber" yang boleh anda download bagi pengguna Windows. (Window XP, Vista dan 7).
Grabber 32-Bit
Grabber 64-Bit
Segala maklumat tentang fungsi baru tentang Pixlr, anda bolehlah melawati blog nya di http://blog.pixlr.com/ atau anda boleh mengikutinya melalui twitter.
Tuesday, December 8, 2009
Mengedit Photo Online Serupa Adobe Photoshop Dengan Pixlr
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)