Personas adalah salah satu addons menarik untuk Mozilla Firefox. Dengan addons ini anda dapat mengubah tampilan Firefox dengan mengubahkannya pada bahagian Header dan Footer. Selain ianya dapat mempercantikkan tampilan Firefox anda, prestasi kelajuan anda ketika menggunakan internet tidak akan terganggu disebabkan addons personas ini bersaiz kecil dan ringan. Pada Gallery personas terdapat pelbagai "skin" menarik yang boleh anda tukarkan mengikut cita rasa anda ketika melayari internet.
Untuk menggunakan Personas, terlebih dahulu anda harus meng-install addons Personas pada Firefox anda. Ikuti langkahnya dibawah ini :
1.) Pasang addons Personas dari halaman webnya www.getpersonas.com
2.) Klik pada Get Personas for Firefox – Free, dan tekan butang allow bagi proses pemasangan dapat dijalankan.
3.) Restart firefox anda untuk menyempurnakan pemasangan addons.
4.) Seterusnya jika anda ingin mencari tema bagi firefox anda, pada halaman personas klik pada Gallery menu dan cari sahaja tema atau tampilan firefox yang anda suka. Anda boleh mencuba hanya dengan menghalakan tetikus anda pada tema yang terpilih dan lihat sahaja hasilnya.
5.) Setelah mendapatkan tema yang anda minat, klik pada "Wear This" untuk memasangnya di Browser Firefox anda.
Berikut adalah contoh² tema personas :
Kalau korang rase tema personas ni kureng best, ape kate korng buat sndiri. Lebih puas hati kn?. terlebih dahulu anda hendaklah daftarkan diri sebelum anda dapat mengupload hasil kerja anda pada halaman web personas. Ok selamat mencuba ye =)
Sunday, November 22, 2009
Mencantikkan Mozilla Firefox Anda Dengan Personas
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)