Sunday, January 31, 2010

TinyPaste - TinyURL Untuk Teks

TinyPaste bunyinya agak sama dengan TinyURL. Dengan TinyURL ianya mampu mengubah URL yang panjang ke URL yang pendek, sementara TinyPaste mampu mengubah teks yang panjang menjadi sebuah URL. Kadang-kadang, ketika anda ingin menghantar beberapa mesej kepada rakan anda melalui Client IM seperti YM atau MSN, ianya mengehadkan panjang maksimum untuk setiap perbualan. Jadi, anda mungkin perlu untuk memisahkan satu mesej ke mesej yang berbeza. Hal ini sangat mengganggu dan juga memakan waktu.

Jadi, TinyPaste boleh membantu kita kerana aplikasi web ini akan menyimpan mesej anda dalam database dan dengan serta-merta dapat menghasilkan URL untuk anda. Selepas itu, anda hanya perlu menghantar URL tersebut kepada rakan anda dan mereka boleh melihat kandungan asli melalui URL.

Kelebihan Yang Ada Pada TinyPaste :

- Menyokong format unicode
- Tidak memerlukan pendaftaran
- Menyokong kod HTML yang telah disediakan
- Mempunyai sistem password bagi mengelakkan kandungan dari dibaca orang lain
- Paparan history tentang teks URL turut dipaparkan dibawah halaman

Dapatkan Lebih Efisien Dengan Plugin Firefox TinyPaste :

TinyPaste mozilla addons membolehkan anda mengklik kanan pada setiap teks yang dipilih untuk menyimpannya. Menyajikan secara automatik dengan link teks untuk anda berkongsi dengan pengguna lain. Terdapat 3 langkah sahaja untuk menggunakannya. Sila lihat dibawah :

1.) Highlight pada artikel anda.
2.) Right click pada tetikus dan tekan pada TinyPaste Selected Text
3.) Kotak pesanan akan muncul dan memberikan anda URL untuk diberikan kepada teman

Pasang addons TinyPaste Disini

Menggunakan Cara TinyPaste Bookmarklet :

TinyPaste Bookmarklet membolehkan anda untuk highlightkan teks pada pelayar anda dan menyisipkannya dengan mengklik bookmark.

1.) Highlightkan teks
2.) Tekan butang dibawah atau copy kod ini dan pastekan pada pelayar browser anda

javascript:(function(){_tinypaste_bookmarklet=document.createElement('SCRIPT');_tinypaste_bookmarklet.type='text/javascript';_tinypaste_bookmarklet.src='http://tinypaste.com/bookmarklet.js?x='+(Math.random());document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(_tinypaste_bookmarklet);})();

3.) Tekan butang Paste

Untuk mengubah teks panjang kepada URL sila layari TinyPaste

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails