Sunday, September 6, 2009

Cara Untuk Menyembunyikan Drive Anda

TweakUI( Untuk XP)

Kaedah ini melibatkan penggunaan perisian bebas yang disebut TweakUI dari Microsoft yang dapat digunakan untuk menyembunyikan drive di windows XP dengan cara mudah.

1. Download TweakUI dari sini dan install
2. Jalankan TweakUI dan arahkan ke My Computer -> Drives
3. Untick pada drive yang anda ingin sembunyikan dan klik butang Apply di kanan bawah
4. Kini anda selesai menyembunyikan drive anda

Diskpart


1. Pergi kepada Run (Ctrl + R) dan taip "diskpart" (Salah satu alat Windows yang tersembunyi)
2. Kemudian taipkan "list volume". Disitu anda dapat melihat drive bersama info2 yang lain


3. Untuk drive yang anda ingin sembunyikan, catatkan pada LTR (bererti huruf) dan Volume ###
4. Sekarang taip "select volume #" (Cth : select volume 2) maka anda akan mendapat mesej yang mengatakan bahawa "Volume # is the selected volume"


5. Kemudian taip "remove letter ltr di sini" (Cth : remove letter D) dan jika anda mendapat mesej yang berkata "Diskpart removed the drive letter, but your computer needs to be rebooted before the changes take effect", maka anda sudah selesai. Terlebih dahulu sila restart komputer anda untuk melihat kesannya


6. Sekarang drive anda telah disembunyikan dan anda tidak boleh mengaksesnya
7. Untuk mendapatkan drive anda kembali. Pergi ke "diskpart" lagi dan taip "list volume", kemudian taipkan "select volume #" (Cth : select volume 2) dan akhir sekali taipkan "assign letter ltr di sini" (Cth : assign letter D). Anda akan mendapat mesej yang bertulis "DiskPart successfully assigned the drive letter or mount point" jika anda berjaya


7. Taip exit untuk menutup Command Prompt. Kini drive anda sudah boleh digunakan kembali

Gpedit.msc


1.Bukak Group Policy Editor (Start> Run, taip "gpedit.msc" dan tekan Enter)
2.Pergi ke User Configuration> Administrative Templates> Windows Components> WindowsExplorer
3.Di sini, anda akan menemukan "Hide these specified drives in My Computer" dan "Prevent access to drives from My Computer"
4.Perbezaan antara dua tatacara ini iaitu "Prevent access" akan membenarkan pengguna untuk melihat ikon pemacu, tetapi akan memberikan mesej kesalahan apabila ia cuba untuk mengaksesnya
5. "Hide" akan memadam ikon sehingga pengguna tidak akan dapat melihatnya, tetapi drive masih boleh diakses dengan menggunakan Start> Run dan memasukkan huruf drive (Cth : Taip C: atau D:)
6. Tekan 2 kali pada "Hide these specified drives in My Computer", tickkan pada enable dan pilih drive yang anda mahu sembunyikan


7. Akhir sekali, untuk menghalangnya dari diakses, tekan 2 kali pada "Prevent access to drives from My Computer", tickkan pada enable dan pilih drive
8. Tutup Group Policy Editor dan lihat hasilnya

Registry Editor


Kaedah ini mungkin agak sukar bagi sesetengah orang jika tidak biasa "Bermain" dengan registry

1. Bukak start dan pergi pada run, taipkan "regedit"
2. Pergi kepada HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
3. Cari kunci NoDrives dalam panel kanan, jika tidak ada buatkan satu, jika ada pergi kepada langkah yang seterusnya
4. Klik kanan pada area kosong pada tetingkap kanan dan pilih new 32-bit DWORD


5. Namakannya sebagai "NoDrives"
6. Tekan 2 kali pada key NoDrives dan menetapkan nilai untuk menyembunyikan drive tertentu, Misalnya untuk menyembunyikan D: Drive (Cth : Pertama pilih pada Base yang mengatakan Decimal dan masukkan 8 untuk menyembunyikan D: Drive)


7. Untuk menyembunyikan drive lain selain drive D:, gunakan nilai2 tertentu dibawah

A: 1
B: 2
C: 4
D: 8
E: 16
F: 32
G: 64
H: 128
I: 256
J: 512
K: 1024
L: 2048
M: 4096
N: 8192
O: 16384
P: 32768
Q: 65536
R: 131072
S: 262144
T: 524288
U: 1048576
V: 2097152
W: 4194304
X: 8388608
Y: 16777216
Z: 33554432
ALL: 67108863

* Anda mungkin perlu me-restart komputer anda untuk mendapatkan kesannya


If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails