Sunday, September 6, 2009

Cara Mencegah USB Dari Menjalankan Autoplay Di Windows

Salah satu cara bagaimana virus merebak adalah melalui pendrive. Antara caranya ialah melalui file autorun.inf. File autorun.inf merupakan file arahan yang ada pada drive CD, DVD dan USB. File ini menggunakan perintah untuk menggerakkan atau menjalankan suatu arahan yang diberikan.
File autorun.inf ini berbentuk :

[autorun]
open=autorun.exe
icon=autorun.ico

Untuk mencegah komputer anda dijangkiti oleh sebarang malware atau virus yang berpunca dari pendrive, ikuti langkah2 yang disyorkan bagi memastikan keselamatan komputer anda apabila menggunakan pendrive.

Menggunakan butang SHIFT

1. Ketika anda mencucuk pendrive, tekan butang SHIFT untuk menahan autorun.
2. Kemudian klik kanan pada icon pendrive anda dan pilih explore untuk akses file dalam drive.

* Jangan sesekali "Double-Click" pada icon pendrive bagi mengelakkan autoplay berlaku


Mematikan autoplay dari Gpedit.msc

1. Pergi kepada butang windows > run dan taipkan "gpedit.msc"
2. Kemudian arahkan pada Computer Configuration > Administrative Templates > System
3. Pada panel sebelah kanan anda, tekan 2 kali pada "Turn off Autoplay"


4. Pilih Enabled dan tukar "Turn off Autoplay on:" kepada All drives


5. Lakukan proses yang sama pada User Configuration > Administrative Templates > System

Menggunakan Registry

1. Pergi kepada butang windows > run dan taipkan "regedit"
2. Cari key HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
3. Buat satu entry baru untuk mematikan fungsi autoplay dengan klik kanan dan pilih new, Dword Value


4. Namakannya sebagai NoSaveSettings
5. Tetapkan nilai value sebagai 0


6. Kemudian tekan 2 kali pada key NoDriveTypeAutoRun
7. Ubahkan nilai menjadi FF untuk Hexadecimal atau 255 untuk nilai decimal


8. Tutup registry editor dan restart komputer anda

Menggunakan Software

TweakUI

1. Bukak aplikasi TweakUI
2. Pergi kepada My Computer > Autoplay > Drives
3. Untick pada drive yang anda ingin disablekan


4. Kemudian pergi pula kepada My Computer > Autoplay > Types
5. Untick pada "Enable Autoplay for CD and DVD drives" dan "Enable Autoplay for removable drives"


6. Tekan butang Apply dan OK

USB 1.4 (Alexey N)


Program yang bersaiz kecil ini berfungsi dengan mendetect file autorun.inf pada pendrive anda dan melakukan proses rename pada file autorun.inf menjadi autorun.inf_time_current date sekaligus mencegahnya dari mengaktifkan sebarang virus. Program ini berjalan pada system tray dan anda boleh mengarahkan supaya program ini dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Segala maklumat dan fungsi2 menarik tentang program ini, sila ke USB 1.4.

Untuk mendownload sila klik sini


Geek Virus Remover ( GVR 4.2 Beta)


Program portable anti-virus ini juga dilengkapi dengan fungsi seperti "Block Autorun File" dan "Disable AutoPlay" bagi mengelakkan jangkitan virus terus masuk kedalam sistem komputer anda. Untuk Mengatasi masalah virus yang merebak melalui file Autorun.inf ini, download GVR, buka program tersebut dan pergi ke menu option > setting. Tick pada box "Block Autorun File" dan "Disable AutoPlay"

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GVR. Sila ke sini

Pengguna Vista

Bagi pengguna vista sila rujuk di sini untuk mematikan fungsi autoplay

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails