Tuesday, September 8, 2009

Baiki Masalah Double Click Drive/Folder Buka Window Baru

(Gambar hanya hiasan semata-mata)

Adakah anda pernah menghadapi masalah seperti mengklik drive atau folder dan ianya terbuka dalam tetingkap yang baru?. Jika ya, maka cubalah salah satu penyelesaian di bawah. Kemungkinan perkara ini selalu terjadi disebabkan serangan virus yang berlaku dan mengubah setting pada sistem anda. Ini akan menyebabkan sedikit kegangguan apabila setiap folder yang anda buka akan muncul dalam tetingkap yang baru.

Tetapan Explorer

1. Bukak Control Panel
2. Tekan Folder Options
3. Di bahagian Browse Folder, tickkan pada "Open each folder in the same window"


4. Tekan butang apply dan OK

Menggunakan Registry

1. Pergi kepada Windows > Run dan taipkan "regedit"
2. Cari HKLR/Directory/Shell
3. Di panel sebelah kanan, tukarkan nilai data sebagai "none"


4. Atau copy kod dibawah
Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\CabinetState]
"Settings"=hex:0c,00,02,00,1b,01,e7,77,60,00,00,00
"FullPath"=dword:00000001

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
"NoSaveSettings"=dword:00000000

5. Paste pada notepad anda dan savekan sebagai SameWindow.reg atau AnyName.reg
6. Jalankan file .reg tersebut dan restart komputer anda

Menggunakan Flash Disinfector

1. Sila download Flash_Disinfector.exe oleh subs dan simpan ke desktop anda
2. Double-klik Flash_Disinfector.exe untuk menjalankannya dan ikuti setiap arahan yang muncul

* Sesetengah program anti-virus mungkin akan mengesan bahawa Flash Disinfector sebagai malware, anda boleh mengabaikan saja amaran ini


3. Tunggu sampai selesai scan dan kemudian keluar dari program
4. Restart komputer anda ketika selesai

Sebarang maklumat tentang Flash Disinfector sila ke sini

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails