Wednesday, September 9, 2009

Apa Itu Thumbs.db dan Bagaimana Cara Membuang/Memadam File Ini?


Adakah anda terganggu kerana adanya Thumbs.db file pada setiap folder? Adakah anda berfikir Thumbs.db adalah sejenis virus? Untuk pengetahuan anda, Thumbs.db adalah sebuah sistem fail dan ianya bukan sejenis virus. Ianya sebuah sistem fail yang dihasilkan dan kebanyakan dijumpai pada sistem Windows XP. Sistem mencipta fail-fail di setiap folder untuk cache isi folder. Caching folder akan menghasilkan keputusan yang lebih cepat untuk mengakses folder. Bagi sesetengah orang yang merasakan ini agak mengganggu, mungkin mereka akan lebih memilih untuk memadamkan file ini dari komputer. Jadi, di sini saya akan memberitahu langkah-langkah untuk menghapuskan atau memadam semua fail Thumbs.db dari komputer anda secara kekal.

Ingat bahawa fail Thumbs.db membolehkan anda untuk mengakses fail anda dengan cepat. Setiap kali anda mengakses folder yang mengandungi banyak foto atau fail, sistem anda akan meng-cache laman tersebut sehingga paparan bagi thumbnail atau filmstrip folder itu akan memuatkan dan berjalan dengan lebih cepat. Fail sistem tersembunyi ini menjamin akses sistem file lebih cepat dan tidak akan muncul sehingga anda tetapkan setting untuk melihat gambar yang tersembunyi.

Untuk mematikan fungsi ini, ikuti langkah berikut:

Tetapan Explorer

1. Bukak control panel
2. Tekan pada Folder Options
3. Pergi pada Tab View
4. Letakkan tick pada "Do not cache thumbnails"


5. Tekan butang Apply dan OK
6. Kemudian tekan butang start dan pilih search
7. Pilih pula pada All Files and Folders
8. Pada bahagian "All or part of the file name:" tuliskan thumbs.db
9. Tekan pada More advanced options dan tickkan semua kotak


10. Tekan Search
11. Setelah selesai mencari, tekan Edit dan pilih Select All (CTRL + A)


12. Tekan butang Delete

Menggunakan Registry

1. Bukak Registry Editor anda (Windows + R, Taipkan "regedit")
2. Pergi kepada HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced
3. Tekan 2 kali pada DisableThumbnailCache dan tetapkan nilainya bersamaan 1


4. Tutup registry Editor setelah selesai

Menggunakan gpedit.msc

1. Pergi kepada butang start dan tekan run
2. taipkan "gpedit.msc", tekan ok
3. Cari User Configuration/Administrative Template/Windows Components/Windows Explorer
4. Pada panel sebelah kanan anda, tekan 2 kali pada "Turn off caching of thumbnail pictures"


5. Pilih enable dan tekan butang Apply, Ok.

Menggunakan PureRa 1.4


PureRa adalah tools yang memadam fail dari komputer bagi memberi sedikit ruang untuk hard disk anda. Antara jenis2 file yang boleh dipadam ialah .sqm, FNTCACHE.DAT, temp files, Software Distribution Logs, Windows Update Installation Files, Wmi Logs, Config.msi, IconCache.db, dan Thumbnail Caches (Thumbs.db). Disamping itu, tools ini akan mencipta log setelah proses pembersihan telah selesai.

Untuk maklumat lebih lanjut tentan PureRa sila ke sini

Download PureRa 1.4.zip
Source Code bagi PureRa 1.4.zip (Ditulis dalam c++)

Menggunakan Batch File (Telah diconvertkan menjadi file .exe)

Cybernetic88 Thumbs.db Remover ini khusus saya buat untuk membuang thumbs.db. Ianya berupaya membuang semua thumbs.db pada setiap folder yang mempunyai file ini. Antara pencarian drive yang saya masukkan ialah C, D, E, F, G ,H ,I ,J dan juga K. Sebelum ianya mendetect thumbs.db pada drive anda, batch file ini akan resetkan attribute kepada normal bagi setiap file yang bernama "thumbs.db" dan terus menghapuskannya dari komputer anda.

Untuk mendownload, sila pilih salah satu download link dibawah :

MediaFire
2Shared
Megaupload
Rapidshare

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails