Friday, January 8, 2010
Simpan Keseluruhan Halaman Web Sebagai Gambar Dengan Screengrab
Screengrab dapat menyimpan seluruh halaman web anda sebagai gambar .Ianya akan menangkap apa yang boleh anda lihat di tetingkap, seluruh halaman web, hanya pilihan, bingkai tertentu. Secara keseluruhannya ia dapat menyimpan halaman web sebagai gambar, file atau sebagai clipboard. Screengrab juga dapat mencatat setiap Java atau Flash yang terdapat dalam sesebuah laman, tetapi untuk ini ia memerlukan Java untuk dipasang kedalam pelayar anda.
Untuk menggunakan Screengrab terlebih dahulu pasangkan addons kecil ini pada mozilla anda
1.) Selepas pasang restart mozilla anda. Navigasikan ke laman web yang anda ingin mengambil screenshot.
2.) Jika semuanya sudah siap terisi (loading), klik kanan pada halaman web anda. Sebuah menu akan muncul, dan di bahagian paling bawah, anda akan melihat Screengrab sebagai pilihan terakhir. Anda boleh memilih beberapa cara yang berbeza untuk mengambil screenshot dengan Screengrab.
3.) Untuk mengambil screenshot dari seluruh laman web, pilih Screengrab> save> Complete Page / Frame dan kemudiannya save menu akan muncul untuk menyimpan screenshot. Anda boleh menukar nama skrin anda dan menukar lokasi untuk menyimpannya. Anda juga boleh menukar format dari PNG ke JPG dengan menggunakan drop-down.
Nota : Sangat berguna (terutama bagi aku) jika anda selalu menggunakan website scanning online yang memerlukan segala butiran penting hasil daripada scanning untuk dipostkan pada forum2 seperti yang terdapat pada website VirusTotal.
If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)