Monday, December 28, 2009

Hantar Mesej Padam Sendiri Dengan Privnote

Menghantar mesej peribadi melalui internet bukanlah sesuatu benda yang baru. Kita semua termasuk aku melakukannya sepanjang masa dengan email dan mesej langsung di beberapa halaman perkhidmatan. Namun, kadang-kadang maklumat ini terlalu sensitif untuk dihantar walaupun sudah dibaca sama sekali. Bukankah menyenangkan memiliki mesej yang hancur dengan sendirinya setelah dibaca?. Ya Privnote salah satu perkhidmatan yang ada untuk anda berbuat demikian.

Privnote dibangunkan oleh Insophia menggunakan Django dan Python, Privnote membolehkan anda untuk menghantar mesej dan akan dipadam selepas dibaca. Cara untuk menggunakan hanya pergi kepada halaman utama Privnote dan taip mesej anda. Setelah anda selesai klik "Create Note" untuk memuat link untuk menghantar kepada penerima. Selepas mesej dibaca atau link diklik, link ini tidak lagi boleh diakses. Anda juga boleh menerima notis bila link diklik, yang akan disertakan dengan alamat ip pembaca.

Alasan terbaik untuk menggunakan Privnote?

"Jika anda menghantar nota dan tiba-tiba menyesal telah melakukannya, anda boleh klik link anda sendiri yang akan menghancurkan nota dan mencegah penerima untuk membacanya."

Anda tidak boleh melakukan ini dengan email, IM, atau Twitter.


Selamat mencuba ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails