Monday, October 19, 2009

Host Javascript Percuma Dengan Google Sites

Jika anda pernah mendownload template blogger percuma atau Widgets, anda mungkin mendapati bahawa fail javascript yang mengandungi pautan ke laman web blog designer, atau laman perkongsian file (File Sharing). Bukanlah sesuatu idea yang baik bagi pengguna blogger jangka panjang untuk meninggalkan mana2 link luaran (External Link) pada template blog anda. Ini mungkin kerana :

* Blog designer telah ditutup/padam
* Blog designer telah mencapai batas bandwidth
* Sebagai sebuah blog designer, anda mungkin hosting laman peribadi javascript file pada akaun yang sama. Jadi jika anda mempunyai 1.000 orang yang mendownload template anda, dan tak satu pun dari mereka menukar javascript URL, maka kesemuanya akan menarik bandwidth pada hosting laman peribadi javascript anda.

Kesimpulannya, ramai yang tidak mengemari apabila salah satu widget pada blog mereka tidak berfungsi.

Berikut ini adalah cara mudah & percuma untuk menghostkan semua javascript anda pada halaman Google Sites :

1) Daftarkan diri anda atau log in masuk pada Google Sites

2) Buat laman web google anda

3) Dapatkan URL/link dari javascript yang dari template blogger anda (contoh: http://www.YourWebsite/YourJavascriptFile.js)

4) Download fail javascript ke komputer anda

5) Buka fail javascript dalam teks editor (Notepad, wordpad, dll)

6) Simpan fail teks javascript sebagai sebuah file teks biasa, jadi fail javascript tersebut akan menjadi seperti ini: (contoh: YourNewJavascriptFile.txt)

7) Uploadkan javascript baru anda pada Google Sites. Ikuti gambar dibawah bagaimana untuk menguploadkan javascript anda :

Buat halaman baru pada web anda dengan menekan butang "Create Page"

Pilih pada web page, taipkan nama untuk meletakkan fail2 khusus anda dan akhir sekali klik pada butang "Create Page"

Tekan butang "browse..", pilih fail javascript.txt dan uploadkannya.

8) Right click dan Copy link file javascript pada laman web Google Sites, dan dapatkan URL/link (contoh: http://sites.google.com/site/YourGoogleWebsite/Webpage1/YourNewJavascriptFile.txt). Anda tidak perlukan (? Attredirects = 0), hanya copy link sebelumnya sahaja.

9) Klik kanan Pastekan URL baru/Link ke template Blogger anda

Anda sekarang telah menghostkan fail javascript anda di website percuma anda sendiri. Google juga sentiasa menjaga servernya berjalan 99.9% setiap masa.

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails