Wednesday, November 4, 2009

Contest 1 : Pamerkan Desktop Anda Dan Menangi 1 Bulan Megaupload Account!

Setelah berkurun lamanya, kini follower saya sudah mencecah kepada angka 100 dan dengan berbesar hatinya saya ingin mengadakan contest dimana desktop terbaik akan memenangi hadiah berupa 1 bulan account megaupload. Apa yang perlu anda buat ialah pamerkan sahaja desktop anda dan ikuti syarat dan peraturan yang disertakan dibawah. Hanya 10 penyertaan terawal akan layak masuk ke bahagian atau proses mengundi yang mana pengunjung samaada follower atau silent reader yang singgah akan mengundi mana2 screenshot desktop yang mereka minat atau rasa tertarik.

Syarat Dan Peraturan :

1.) Semua para2 blogger yang sudah jadi follower ataupun yang tidak menjadi follower.
2.) Windows XP, Windows Vista, Windows 7, ubuntu dan OS yang sama waktu dengannya, semua dibenarkan untuk menyertai.
3.) Susun desktop mengikut kreativiti anda sendiri termasuklah memaparkan gadjet atau plugin seperti winamp, rocketdock, rainmeter, dll.
4.) Sebarang desktop yang tidak mempunyai gadjet atau desktop KOSONG tidak dibenarkan menyertai contest ini. Anda mungkin akan mendapat sedikit undi atau kemungkinan juga tiada undi yang dibuat.
5.) Saiz berukuran bagi screenshot ialah 1024 x 768 atau 1280 x 800 sahaja.
6.) Sila komen di sini dengan menyertakan screenshot desktop anda.
7.) 10 penyertaan terawal atau pengkomen terawal yang menyertakan screenshot mereka akan bertanding dalam proses mengundi yang akan ditentukan orang ramai.
8.) Proses mengundi (Voting) akan bermula pada keesokan harinya dan tamat untuk mengundi akan berakhir seminggu selepas proses mengundi.
9.) Gambar 10 screenshot desktop yang terawal dipilih akan diletakkan pada entri ini bagi memudahkan pengundi untuk melihat dan mengundi desktop yang mereka gemari.
10.) Bagi 10 orang yang telah mengambil bahagian, anda DILARANG sama sekali untuk mengundi screenshot desktop anda sendiri, tetapi mengundi screenshot selain anda punya dibenarkan.
11.) Undi hanya dibenarkan sekali setiap individu.
12.) Hanya satu pemenang dengan undi yang tertinggi sahaja akan memenangi 1 bulan account megaupload.
13.) Hadiah akan terus diberikan pada hari tamatnya proses mengundi.

"ScreenShot Desktop Terbaik" akan memenangi :

1 Bulan account megaupload "fresh" yang terus di redeem dari salah satu account megaupload saya sendiri.

Apa itu "Megaupload"?

Megaupload adalah salah satu website yang menyediakan penyimpanan file dan hosting file secara online. Penyimpanan file yang diberikan dari Megaupload bagi free membership account adalah sebanyak 50GB dan unlimited untuk premium account, transfer file yang boleh dilakukan sebanyak 500MB perfile. Megaupload juga menawarkan hadiah berupa "redeem point" atau "cash" apabila point yang anda perolehi sudah cukup untuk ditebuskan. Cara untuk mendapat point bagi megaupload adalah teramat senang, hanya perlu uploadkan seberapa file anda dan sebarkannya supaya orang lain mendownload. Dari situ anda akan memperolehi point yang dapat digunakan untuk extendkan account premium anda dan disamping itu dapat menebus hadiah "cash" yang lumayan.

Cara untuk mengambil screenshot desktop anda :

1.) Cari butang Print Screen Keyboard anda
2.) Minimizekan semua program yang berjalan (Windows key + M)
3.) Tekan butang print screen
4.) Buka perisian mspaint atau adobe photoshop dan tekan (CTRL + V)
5.) Sekarang simpankannya sebagai fail .jpg atau .png.
6.) Uploadkan gambar screenshot desktop anda pada imageshack, photobucket dan mana2 perkhidmatan yang menyenangkan pengguna.

Contoh Screenshot Desktop :

10 Desktop yang mengambil bahagian :

1.)


2.)


3.)


4.)


5.)


6.)


7.)


8.)


9.)


10.)


P/s :

1.) Untuk meraih undi sila sebarkan2 ye.
2.) Cepat2 jangan lambat2. aku nak update malaysian! radio v 3.1 pulak ni. huhu

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails