Thursday, August 27, 2009

Cara Untuk Menyembunyikan Folder Anda (Part 3)

Cara ini hanya membuat folder anda tidak dapat dilihat seperti folder biasa, tetapi yang anda boleh nampak hanya Recycle Bin sahaja. Ini bermakna folder anda telah menyamar atau bertukar menjadi Recycle Bin dan fungsinya juga telah ditukar.

Ingin membuatnya?. Ikuti Langkah Berikut :

1. Buat satu folder kosong pada desktop anda
2. Namakan folder anda dan diakhirnya letakkan kod ini .{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}

* Contohnya jika anda membuat folder Private, klik pada folder dan tekan F2 untuk rename dan taipkan Private.{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}


4. Anda akan dapati bahawa folder Private anda tersebut akan kelihatan seperti Recycle Bin
5. Untuk proses mendapatkan balik folder anda, bukak CMD (Windows + R dan taipkan CMD)
6. Taipkan cd desktop (Jikalau folder anda berada pada desktop), copy kod di bawah dan pastekan pada Command Prompt anda


ren Private.{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} Private

7. Kini folder anda sudah boleh digunakan kembali

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails