Pernah anda mengalami situasi dimana anda perlu format komputer dan install windows dengan menggunakan pen drive, terutamanya apabila CD/DVD ROM anda rosak?. Namun proses untuk membuat bootable Windows pada pen drive ini biasanya adalah proses yang rumit dan panjang. * Sebaiknya sebelum membuat bootable Windows, pastikan anda backup dulu file di dalam pen drive anda. * Untuk format melalui pen drive, boot komputer melalui pen drive anda pada permulaan semasa komputer anda dihidupkan
Kini dengan adanya WinToFlash, proses untuk membuat bootable Windows kini dipermudahkan untuk anda. Anda hanya perlu masukkan CD/DVD Windows berserta pen drive dan WinToFlash akan menguruskan segalanya.
Salah satu keistimewaan WinToFlash ini adalah Silent Install. Silent Install ini membolehkan proses install akan dilakukan secara automatik (Tidak perlu masukkan nombor siri, Nama Computer, Workgroup, dan sebagainya)
Program ini boleh digunakan untuk membuat bootable pen drive untuk Windows XP, Vista, dan 7 malah Windows PE (yang digunakan untuk membaiki komputer) juga boleh dimasukkan.
Cara untuk membuat Silent Install Menggunakan WinToFlash :
1. Masukkan pen drive dan juga CD/DVD Windows anda
2. Bukak program WinToFlash
3. Pergi kepada bahagian Task dan pilih perisian Windows anda pada Task Type, tekan butang Create
4. Di tab Basic Parameters, pilih setting yang berkenaan
5. Pergi kepada tab yang seterusnya iaitu Setup Parameters dan pilih User Selected pada Setup Level. Di sini anda bolehlah memasukkan setting2 seperti EULA Accepted, Auto Partition, Nombor Siri Windows, dan sebagainya.
6. Pergi kepada Task dan klik Run
7. Tick I Accepted the term of the license agreement dan tekan butang Continue
8. Satu paparan Warning akan muncul mengatakan proses ini akan membuang segala file didalam pen drive anda (Format). Untuk mengesahkan tekan butang OK dan anda dapat melihat proses memasukkan Windows dalam pen drive anda sedang dijalankan
9. Setelah selesai tekan butang finish dan tutup WinToFlash
10. Kini anda boleh format komputer anda dengan mudah dan cepat
Sila download disini WinToFlash
Saturday, August 29, 2009
Cara Install Windows XP, Vista, Dan 7 Dengan Pen Drive Menggunakan WinToFlash
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)